Misi kami

Membina generasi Rabbani yang yakin, berilmu dan beramal.

Siapa kami

Rabbaniyyun ialah institut penyelidikan dan pendidikan Islam yang menghasilkan kajian, video dan bahan pembelajaran berkualiti untuk umat. Nama kami diambil daripada firman Allah: “Jadilah kamu orang-orang Rabbani” (Ali Imran: 79), iaitu insan yang mengenal Tuhannya, mengajar dan mengamalkan ilmunya.

Misi

Menyampaikan ilmu Islam yang sahih dengan bahasa yang mudah difahami, menjawab persoalan semasa dengan neraca al-Quran dan Sunnah, serta membina keyakinan yang teguh dalam diri setiap Muslim.

Nilai kami

  • Sahih: berpaksikan sumber yang muktabar.
  • Ihsan: kualiti dan keindahan dalam setiap hasil kerja.
  • Rahmah: menyantuni semua lapisan masyarakat.
  • Percuma: semua bahan bebas dibaca, dikongsi dan dirujuk.

Semakan ilmiah

Setiap kertas kajian melalui proses semakan oleh sekurang-kurangnya dua penilai dalam bidang berkaitan sebelum diterbitkan.